Bahan2 (estimate utk 4 orang)
A - Cucur Udang
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn udang (tak payah bubuh pun tak pe!)
2 biji bwg kecil (kat Cardiff guna 1/2 biji bwg besar - potong dadu)
1 sudu besar cili boh (ikut kesesuaian especially untuk anak2 yg masih kecil)
1 1/2 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa
air secukupnya
optional - boleh masuk taugeh atau grated carrot
cara2- gaul semua bahan sama seperti nak buat cucur biasa atau cekodok, lepas tu goreng hingga kekuningan.
B - Cucur Kelapa (cucur ni keras skit.... kalau tak suka tak payah buat sebab ada yang kata keras)
1 cwn tepung gandum
3/4 cwn kelapa parut (kak Al guna dessicated coconut jer- pernah cuba kurangkan kelapa ni nak bagi lembut sikit)
garam secukup rasa
sedikit air
Cara2- utk buat yg ni....jgn curah air byk2 macam buat cucur. campur sikit2 dan uli dan bentuk macam pisang, lepas tu goreng sampai kekuningan.
Lain-lain bahan:
4 biji telur - rebus (hard-boiled) - kupas dan goreng sampai kuning
1 packet Seafood sticks (nak ganti sotong kalau k M'sia)
1 packet frankfurter (anak2 cukup suka yg ni)
3 biji kentang sederhana besar - rebus dengan kulit sampai masak (jgn potong2!), bila dah masak, goreng hingga kekuningan
4 keping tauhu - juga goreng sampai kekuningan
1/2 btg timun - hiris halus2
sedikit taugeh - celur dan toskan
Kuah Rojak
1 biji keledek - rebus dan blend (kalau nak pekat boleh lebihkan keledek ni...)
2-3 bw kecil
1 sudu cili boh (atau mengikut kepedasan yang sesuai dengan citarasa)
1/2 cwn kacang tanah tumbuk
sedikit kicap lemak manis untuk menambahkan rasa lemak dan memberikan warna sedikit gelap)
minyak untuk menumis
air secukupnya
gula merah sesedap rasa (disyorkan guna dark brown sugar (muscavado) nak bagi manis - akan rasa lemak2 skit)
garam secukupnya
Cara2:
macam biasa, tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili - bila dah sebati dan wangi masukkan kacang dan keledek.
masukkan air secukupnya, lepas tu garam dan gula serta kicap jika perlu.
masaklah sehingga pekat
akhir sekali rasalah ....bila dah sesuai tastenya, boleh diangkat dan dihidangkan dengan bahan2 di atas.
No comments:
Post a Comment